jam sudah menunjukkan 3.27 pagi. tapi mata maseh belum
berat untuk menutup kelopak mate. padahal tadi baru lepas maen futsal. sistem badan mungkin belum biasa dengan keadaan ini. memandangkan esok merupakan hari pertama skolah maka disini mahu aku ceritakan tentang profesion aku sebagai student Medical Imaging
teringat satu kesah yg berlaku di rumah cikgu bekas skolah aku dahulu. time tueh aku dengan mMb aku yg stadi dekat US. bukan Ulu Selangor apetah lagi Ulu Yam tapi United States. ye negara Obama tueh. memandangkan die pulang sementara maka die mahu melawat semua cikgu yg pernah mengajar beliau selagi boley. setelah mespending masa dengan beliau dekat OU maka tercetuslah idea
mahu melawat cikgu ini.
setelah masok ke rumah cikgu ini dan disajikan dengan segelas aer dan beberapa ulas kek yg dibikin sendiri oleh anak2 beliau maka perbualan pon tercetuslah diantara kami. ya memang perbualan akan berkisar sekitar tentang pelajaran dan semestinya akan tertumpu kepada mMb aku yg stadi di US itu. almaklomlah. US kot. aku nie dlm mesia sahaja. xkesah nye pun.
tajuk2 yg biasa dibualkan. 'blaja mane skang?' 'kos ape?' 'bape tahun lagi nk abes?' 'cmne blaja?' . aku sekadar khusyuk mendengar perbualan mereka dan hanya menanti hujahan pertanyaan yg akan dikemukan kepada aku sambil meneguk aer dan membaham kek itu. bila masa aku sudah tiba. aku dengan yakin dan confident menjawab.
'belajar mane?.'
UiTm
'kos ape?'
Medical Imaging
'Medical Imaging?'
Pengimejan Perubatan
'ape tue?'
x-ray
'X PROFESSIONAL KAN?'
tibe2 aku tersentap. pergh. ini soklan tahap berape punyer tngi nie. aku sekadar berseloroh smbil menyimpan beberapa perkataan yg kurang elok daripada dipanculkan dari mulut aku ini. hamboi. pertanyaan yang agak berlagak. tau la kerja bagus tapi jgn le pancung org laen cmtueh. naseb baek lagi tua dari aku. lantas semangat utk menjawab soalan2 laen terus jatuh merudum terperosok. semangat utk tulis entry ini pon sudah down.
profesional x profesional. janji aku dapat belajar dan berkhidmat utk org laen bila da keje nNt. insyaAllah. amin.
No comments:
Post a Comment