INI NOMBOR LAWATAN ANDA

Saturday, September 10

permulaan kurang menyenangkan



memang kurang menyenangkan. orang kate permulaan itu sangat-sangat susah. meme btol pon. time kecik2 dulu nak berjalan pon susah. kene merangkak menyusur mentatih dan macam-macam men lagi. sekarang ni ape yang aku nak mula? ntah. nak mulakan menulis balik dekat sini pon rase susah dan kurang menyenangkan. ish. kurang menyenangkan betol.



senin depan setat sem 7. permulaan sem untuk tahun akhir belajar dekat yuaitiem. orang laen sume exsaited nak masok sem. aku terlopak-lopak terkehel-kehel mencari rentak dan irama dan lagu xdapat dipisahkan ape yang ko merepek ni.



semua ini bermula disuatu petang yang damai nan indah angin sepoi2 bahasa mandarin tahap 3 wo ai ni wo bu mang kuk ayun. *sila series


ok. itu hali saya puasa punya olang. lumah saya tada apa mahu dijuadahkan untuk bebuka puasa. maka saya pon mencapai kunci moto lagenda 115z dengan sekali pijakan enjin terus bermula dan saya terus menderu laju di atas jalan dengan konfidennya. perjalanan sangat aman dan tenteram pada mulanya. setelah singgah di kedai babyland membeli roti gardenia untuk dibuat roti telu untuk juadah berbuka nNt, nasfu untuk makan goreng pisang yang lama aku pendam selama seminGgu membuak2 dalam diri.





jadual perjalanan yang sepatutnya terus-pulang-ke-rumah-lepas-beli-roti bertukar menjadi kepada pegi-pasar-cari-goreng-pisang. dengan yakinnya sekali lagi enjin moto dihidupkan dan deruan moto ku membelah hening petang itu. tidak sampai 5 saat aku menghirup udara petang yang segar itu...



"benti-benti" satu suara yang agak kerek kedengaran..

"aiseyman..." aku bermonolog dalaman..

"mitak lesen ngan IC..."...

deras aku menyeluk poket mengeluarkan dompet dan lesen serta IC lalu menyerahkan kepada tuan punya suara tadi..

"cukai jalan?..." tuan punya suara bersuara lagi..

seperti biasa aku tenang membuka seat moto dan mengambil cukai jalan yg kubiarkan tersimpan sahaja di dalam moto..

"apsal bawak moto tak pakai helmet? nie road tax ni da sebulan mati ni" .....sambung tuan punya suara lagi


"err..errr...." terkedu diam seribu bahasa aku dibuatnya...






aku hanya mampu melihat merenung dan memerhati sahaja tuan punya suara tadi menulis butir2 peribadi aku di atas helaian kertas dan setelah meminta tandatanganku helaian tadi diberkan kepada ku....

aku meninggalkan tuan punya suara tadi dengan ucapan

"mekaseh abang polis"






ohsem! aku kene saman!
-__\-










No comments:

Post a Comment