INI NOMBOR LAWATAN ANDA

Tuesday, July 5

perihal seorang pak cik misteri





hari itu laen daripada yang laen. sedikit sahaja laen nya daripada hari-hari yang lain. namun perubahan yang sedikit itu mungkin boleh membawa kepada perubahan yang sangat besar dalam hidup. kalo tak dalam idup aku mungkin dalam hidup kau orang sekalian. makanya disini ku mau kongsi2 ya pak, ya buk. waduh. ngapain tiba-tibanya cakap indon ni pun adui. -__\-




seperti biasa lepas sahaja mengaminkan bacaan doa imam solat asar di surau, aku terus angkat kaki menuju ke motor. salam dulu makmum sebelah2. salam ni dapat hapuskan doa2 kecil au. insyaAllah. ^__^ . dengan segera aku capai kunci dari kocek baju melayu berminyak hatta kan jenama 'Sultan Brunei'. hei2. aku ngan sultan brunei member2 kot. minyak wangi die pon aku bley guna. *spesel sey* aku masukkan kunci ke lobangnya lalu aku tekan starter. moto aku maseh tidak dapat dihidupkan. oh, terlupa, moto nade starter. -__\-




sejurus sesaAt selepas aku press minyak moto terdengar satu panggilan yg entah dari mana dan menjerit ke arah aku. seorang pak cik tua dalam keadaAn kelam kabut mengejar dan memangGil sambil melambai ke arah aku. aku tersentap dan terkesima (ayu, 2011) . lantas aku berhenti.


"nak, tolong hantar pak cik ye?"

"boley pak cik, tapi ke mana?"

"kedai depan sane tu."

"oh. okay,m tapi pak cik guide saye ye? saye xtau ke mane."



aku pon terus memacu lagenda ku dengan sopan serta cermat dan santun tanpa ada pantun.



"anak ni belajar lagi?"

"ye pak cik"

"alhamdulillah" .... then pak cik tu sambung lagi.....



"cantik taman kerana bunga, cantik manusia kerana ilmunya"




"okey nak, dekat kedai depan tu, yang ade asap2 tu"

"okey pak cik sudah smpai."

"eh, anak, mai la pak cik belanja minom."

"eh, xpe la pak cik, saye ade hal nie" *padahal xde pon*

"pak cik bagi duit la tambah minyak"

"xpe pak cik. saye x kesah pon."

"alhamdulillah, syukur. ape nama anak?"

"nazrEe, pak cik".




aku terus berlalu meningGalkan pak cik yg tidak ku kenali itu. dalam kejauhan aku nmpk pak cik itu mengangkat tangan ke langit seperti berdoa. ^____^ . so, bukan mahu berlagak baek atau ape. just mau tekankan ape yg pak cik tu nasehat dekat aku n one more thing. salah satu daripada sifat para sahabat yang berjaya di dunia dan akhirat ialah adanya sifat IKRAMUL MUSLIMIN dalam diri mereka dan mereka amalkan dalam kehidupan seharian mereka. insyaAllah kita pelan2 ikot cara mereka.







~takziah kepada keluarga siti hajar a.k.a. tun teja, one of my comrade in medical imaging course. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. insyaAllah.
amin.
al-fatihah.






Monday, June 27

perihal cuti pengGal






sebut sahaja tentang cuti semua orang akan melonjak gembira mengalahkan atlet lompat tinggi negara china waima atlet lari berpagar 110 m sukan olimpik. dari kanak-kanak yang baru terhenti hingus di sekolah tadika sehinggalah yang sudah terbongkok-bongkok hanya menunggu masa untuk bersara dari alam pekerjaan juga akan excited state apabila cuti berkunjung tiba.




bagi yang baru hingusan-hingusan, cuti ni lah mase untuk mereka menghabeskan masa di hadapan tv like tb ini hai ana yang punya. then bile petang plak bley la jadi abang kawasan taman permainan maen keja-keja, maen masak-masak, maen polis sentri wan to jaga polis mati pencuri jage sampai lebam smpai maka ayah kua bawak rotan panggil masok rumah sebab dah maghrib x reti-reti nak balek.




bagi yg uda bekerjaya dan punyai tanggungjawab, cuti ni la saat-saat bahagia yang mereka nantikan untuk merehatkan badan dan melapangkan dada setelah penat bekerja di pejabat. time ni la suami and isteri boley berganding bahu untuk pegi pasar sama-sama then masak same2. wah. romantiko gitu. then petang-petang ley joging same lawan sape lari paling laju. -__\- . bagi yg sudah berkeluarga pula cuti-cuti ni lah masa yg boleh digunakan untuk membawa keluarga bercuti-cuti menikmati keindahan bumi Tuhan ni. bermandi-manda di tepian pantai atau pon di sungai-sungai. wah. eratkan silaturrahim gitu.




juga tidak terkecuali para pelajar dari golongan sek rendah, menengah mahupun pelajar universiti, cuti-cuti ni lah peluang untuk mereka membalas waktu tido mereka atau menjalankan aktiviti2 yg tidak dapat mereka lakukan akibat belajar bagai nak rak smpai lebam. dan akau adalah salah seorang daripada golongan ni. cuti penggal ni bgaikan masa untuk aku meredakan segala kekusutan yang ade dlm kepala. seperti bebasnya burung terbang di udara. ade juga yang guna kesempatan ni untuk mencari nafkah tambahan untuk kegunaan masa depan.



cari kerja. ye! itu yg perlu aku lakukan cuti penggal ni. since aku lepas SPM hingga sekarang ni, aku x pernah berpeluang untuk bekerja sambilan. duh! -__\- . ni pon aku rase ragu-ragu adekah aku mampu bekerja sambilan. ko buat ape je der smpai xsempat nk kerja sambilan? buat lemak ke? tolong sk8 der. cni gua list kn ape yg gua buat pada cuti-cuti penggal yang lepas.

*nie cuti penggal yg panjang ok? bukan yg pendek*
lepas SPM - gua terpilih msok PLKN. wahHH~~~~
lepas matrik - gua keluar ke Kuala Terengganu. 40 days
lepas sem 2 - gua intersesi ANP 405
lepas sem 4 - gua amek lesen moto n kete




ha. x ke mulia pekerjaan gua sume2 ni? bukan gua malas untuk bekerja ok? allrite. skang ni gua nk pikir nk keje ape? syed uda ofer keje di tesco setia alam. kalo keje sane kene dudok puncak. oh my. duit kocek sudah kehabesan. duh! -__\- . lagipon kalo dudok puncak ni nNt jmpe 'ko' plak. malas aku. bek keje sg buloh. rumah makan minom sume PAMA. haha.










tibe2 dengar bisikan kt telinge **derr.....FYP ko ape cer? double duh!! -__\- **







Friday, June 24

perihal hari terakhir interest-sesi




ok. kira-kira jam 12 tengah hari macam tu tamatlah semester 6 bagi aku dan pelajar-pelajar laen. kali ni abes yang betol-betol abes. bukan maen-maen punyer. exam macam mane? kalo nak cakap jujur, objektif lagi susah dari subjektif kot. ape-ape pon, doakan lah kami semua lulus subjek ni dengan jayanya.


oh ya, lepas abes exam hari tu, ade buat sedikit bedah siasat tentang permasalahan kami ini yang katenye semakin menular ke batch-batch di bawah kami. dah macam soal siasat polis pon ade. kami pon rase macam tak terkata-kata. diam membisu sahaja. the result? well, kami sudah selesai dengan perkara ini. kami harap yang laen-laen akan ambil pengajaran dari batch kami dan tidak mengulanginya dan membaiki mana-mana yang silap.


on da same time jugak, ade deal ngan pelajar-pelajar baru nak jumpe berkenalan sakan. tapi disebabkan soal siasat dijalankan dengan begitu telus, maka terpaksa menganjak masa perjumpaan. member tu da kol bukan maen byk kali. aku ni plak yang rase serba salah. ye la. ko da jnji nk jumpe pkol 1. tapi pkol 1.30 ko x abes-abes lagi. mane tak mengamok budak-budak tue. at last? jmpe la beberapa kerat budak-budak tu sume walaupon x semua. ok la ape. ingat senang ke korang nk jumpe ktorang2 yg dah nk msok pangkat legend ni? ade ke yg amek anatomy smpai 4 sem? ade? ade? *heh!!

oh ya. aktiviti tak berhenti di situ sahaja. malam tu plak ade buat makan-makan santai. buat balar-bakar cenggitu. bukan BBQ ok? tapi ayamQ. kan sedap nama tu. xde la macam xsedap kn bunyi die. okey merepek. plan hari isnin petang n time t jugak kumpol2 duet sume tapi alhamdulillah sumenye berjalan dengan lancar. walopon tempat bakornye dah macam ktorg jugak legend, tapi dengan kepintaran dan daya kreatif rakan-rakan serta makcik jiran rumah sebelah diorang maka kami dapat membakar dengan selamat dan baek. suasana malam tu sangat-sangat meriah. baka kate (Shida, 2011) "rasa macam suasana kampung". for me yes memang macam suasana kampung. mustila der, sume orang dudok bersila, makan ramai-ramai macam satu family. oh my. sangat-sangat gumbira dan aman tenteram. then lepas makan lepak-lepak borak-borak. maen game like jutaria, dam aji, chess, congkak n carom@karom. and of kos la aku cempion. haha. berlagak ok kau ni.


nak sambong cte pasal malam tu lagi. menu die sangat-sangat la banyak. modal sorang rm6 sahaja tapi mkNn yang tersedia bak kate (Que, 2011) "amboi banyaknye makanan, mengalahkan hotel". hey mestila, ktorg sume terer masak ok. de ayamQ, hokdokQ, wedges, agar-agar sumi 'siryes ni peberet aku', kek eskem anatomy, nasi goreng, kueh tiau, fries 'yang ni aku xsempat nk cekau', ayaq buah-buahan kalo tak silap aku. haaaaa, kenyang wo0o. 'dalila lali lali ka sila jeles' haha. seronok wo0o. 'sue pon sila jeles'. bak kate (zaty, 2011) 'dah sem 6 baru tau yang member-member kelas sume frenly'. elo der, opkos la frenly, kita kn satu family. haha.


okey disini ade gambar untuk di tengok. kesimpulan yang boley dibuat. sangat-sangat hepi dan njoy.



game time!

anatomy's cake

kami semua

ayamQ!

ayamQ sedap sebab kami yg bakar. hak3!


nak gmba lagi? klik link ni





okey, here i wanna thanks all of you coz u guys have made my day and bring happiness and I can smile back again
'eh2. ko xtermasok ok. jgn nk perah santan'







Wednesday, June 1





kejadian atas motor tadi petang

bang, tumpang tanya sk8. jalan penjara dekat mane ye?

jalan penjara? depan lagi bang. jalan terus je. ABANG NAK PERGI PENJARA KE?

eh, xla. nk pergi kedai SINGER tepi jalan.

o0o. okey abang. jalan terus je ye.



ape ke sengal g tanye nk pergi penjara. ingat free-free ke bley masok penjara tu? paling2 pon kene tuduh bunuh parent macam daim tu. xpon kene buli n kaki buli macam botak tu.








kawan memang penting dalam kehidupan seharian kita
so this song i want to dedicate to all my frens who is always be there for me
^_^


lpe nk bagitau, yang tanya nk pergi penjara tu sebenarnya adalah aku. haha.



Tuesday, May 31

anatomy dan aplikasi dalam kehidupan





menurut kajian anatomy
jika kita ada mata tidak semestinya kita boleh melihat
ini disebabkan kerana terdapat banyak elemen yang terkandung
untuk objek yang dilihat itu ditafsir oleh otak dan diterjemahkan melalui pandangan




apabila kita melihat sesuatu ade receptor dalam mata kita akan menghasilkan action potential yang akan membawa maklumat mengenai objek yang kita lihat melalui sensory receptor dan sensory neuron. disini axon memainkan peranan yang sangat penting. sensory neuron akan membawa AP ke central nervous system CNS yang kemudian nye akan dibawa naek ke atas dan masok ke cerebral cortex untuk ditafsir.





selepas ditafsir AP, maklumat akan dihasilkan dan ianya dibawa turun dari cerebral cortex ke mata melalui sensory motor dan kemudiannya terus ke mata yang memainkan peranan sebagai effector. hasilnya, mata kita dapat melihat objek yang kita lihat.





sedarkah kita yang mata hanyalah sebagai medium yang menerima pandangan objek sahaja. terdapat banyak lagi elemen2 yang penting yang terkandung dalam badan yang membolehkan kita melihat sesuatu objek itu. jika rosak salah satu elemen tersebut maka akan lemahlah atau berkurangan atau hilang terus daya penglihatan kita walaupun mata kita sihat dan walafiat tanpa sebarang kecederaan. sebagai contoh, jika rosak sensory neuron, maka tidak akan ada AP yang dihantar ke otak untuk ditafsir. contoh laen, jika rosak sensory motor, maka tidak akan ada maklumat yang akan dihantar ke mata.




so, adanya dua orang dalam perhubungan tidak akan menjamin keberlangsungan hubungan mereka. apa yang penting adalah elemen2 yang diterapkan atau dimasukkan dalam perhubungan tersebut. jika baik dan betul elemen tersebut maka akan baik lah pengakhirannya dan sebaliknya akan berlaku.





kesimpulan? korg dapat tangkap x ape yang aku cuba smpaikan? =,='