Sunday, December 26
aktiviti sebulanan
berakhirnya semester 5 di puncak alam memberi sedikit sinar kepada kad2 bank dlm dompet aku. mereka seperti sudah aku lupakan untuk jangka masa yg agak lame. maka cuti yg bakal mendatang memberi sinar untuk aku bergaya dengan menolak msok kad2 itu dlm mesin ATM. iya dengan harapan agar aku dapat bekerja secara part time dan menambah sedikit pendapatan isi rumah seharian aku.
semua strategi telah aku rancang dengan sempurna. setiap celah ruang dan peluang telah aku intai. maaf. tandas rumah org aku x intai apetah lagi untuk mengintai anak dara orang. rasanya ckop teliti sudah perancangan aku. hanya menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan.
unfortunateli. kusangkakan panas hingga ke petang. rupanya bersalji di tgh hari. semuanya bagaikan terkubur dan membuatkan aku seperti mahu mkn bubur. segala perancangan yang telah aku buat seperti akan gagal dan tidak berjaya. aduh. patah hati dan remuk rongga2 dalaman aku. ini semua disebabkan oleh dia. hanya kerna dia. semuanya kerana dia.
oleh kerana dia aktiviti sebulanan aku seperti telah dimaktub. aku terpaksa akur dengan kehendak dia. oh. inilah naseb aku yang malang. berubah semua aktiviti seharian aku dalam sebulanan ini.
6 - 7 pagi -> waktu untuk bgon pagi serta solat suboh serta gosok gigi sambil bsoh muka
7 - 8 pagi -> amek kunci bukak segala kunci pintu rumah termasoklah kunci moto. panaskan
enjin moto smpai membuak2. ready utk merider wuek
8 - 9 pagi -> sg buloh - hospital selayang - sg buloh.kalo balek awal joging taman 3 4 round
9 - 1 ptg -> kalo ngantok tido. kalo x menonton. kalo rajen masak. cekodok xde rase.
1 - 4.30 ptg -> menonton menonton dan menonton
4.30 - 6 ptg -> sg buloh - hospital selayang - sg buloh
6 ptg - 3 pg -> menonton. lagu. spider solitare.
hebat bukan. huh. rasenyer jika setahunan aktiviti seharian sebulanan aku cmnie. ley demam tahap ketiga aku rasenyer. sudah la. ckop pnjg rasenyer. penin korg nNt.
Thursday, December 23
renungan bersama
hidup ni ibarat roda
kadang-kadang di atas
kadang di bawah
susah tetap akan datang jika sedang senang
sakit pasti akan datang jika sedang sihat
dan sedih akan datang jika ada bahagia
di dunia ini
kebahagiaan bukan lah satu perhentian
tetapi ia hanyalah sebuah persinggahan
dalam perhubungan
perlu kejujuran dan kesetiaan
memang indah bila bersama
tapi akan tiba juga saat dimana
masalah menghimpit melanda
disinilah nilai sebuah perhubungan itu dikira
masalah datang untuk diselesaikan
bukan untuk menghukum seseorang
mengambil langkah sendiri tanpa berbincang
mungkin akan menguntungkan satu pihak sahaja
kasih sayang manusia memang x sempurna
ya memang diakui
ianya bermusim dan abstrak
seperti air di lautan yang luas
ada pasang surutnya
jika tidak
xdelah ombak menghempas pantai
jika sudah suratan tertulis begitu
hanya mampu berserah
tapi hati dan perasaan yang tinggal
hanya Yang Maha Esa yang tahu
-nukilan HAFIZ,2010
pesan kaki : - mendalam mksod yg mamat nie nk smpaikan
- ckop pedih aku rase skang
Subscribe to:
Posts (Atom)