INI NOMBOR LAWATAN ANDA

Sunday, January 16







dulu-dulu mase tadika 'taman didikan kanak-kanak' a.k.a. tabika 'taman bimbingan kanak-kanak' aku merupakan salah seorang daripada pelajar yang mula menceburkan diri dalam bidang pelajaran yang smpai ke hari ini maseh lagi aku berada dalam bidang itu.




seperti sekolah-sekolah rendah dan juga menengah atau dalam bahasa klasik dahulu rendah atas rendah bawah menengah atas dan juga menengah bawah, terdapat rangkaian subjek yang perlu kami kuasai sepanjang tempoh pembelajaran di sana.




menjadi kebiasaan juga kepada setiap pelajar, di antara banyak-banyak subjek itu, mesti akan ada satu subjek kegemaran atau favourite subjek mereka sama seperti aku juga dan dengan banggenye aku ungkapkan bahawa aku menyukai subjek kira-kira. bahasa international nye ialah matematik. bukan akaun ok. mathematics.




semenjak dari zaman tadika lagi aku sudah menunjukkan tanda-tanda yang aku mempunyai kelebihan dalam subjek ini. sehingga aku memenangi sebuah beg skolah hasil kebolehan aku menewaskan rakan-rakan yang lain dalam ujian yang diberika oleh cikgu. bersorak gembira aku dengan kejayaan yg aku capai di peringkat tadika. korang ade? kalo xde diam.




kecemerlangan ini diteruskan lagi ketika aku berada dalam sekolah menengah bawah apabila guru matematik mengadakan kuiz dan sejarah yang sama berulang dan aku maseh ingat ungkapan guru itu kepada rakanku 'Maaf si pulan, nazree dapat makah lagi tinggi dari awak'. dan anugerah tertinggi yang aku dapat adalah ketika menerima anugerah pelajar terbaik dalam matapelajaran matematik time final exam.





cerita yang sama juga berlaku di matrik tetapi bakatku sedikit tenggelam akibat kelambakan pelajar2 cina yang genius2 dan ianya terus meneggelamkan bakat aku yang sedia ada. ditambah lagi dengan tahap kemalasan aku untuk membuat tutorial yang diamanahkan membuat bakatku semakin pudar dan hilang tika dan saat ini.




dan ketika di universiti ini bakat yang sedia ada dahulu agak kurang diaplikasikan akibat keterpaksaan aku untuk mempelajari bahagian2 anatomi melebihi kapasiti simpanan untuk bahagian kira2. tapi tidak semestinya bakat yang merudum jatuh itu terus aku lupakan. tidak sama sekali.




untuk membuktikan kebenarannya. aku akan tampil dengan satu equation yang jika korg boley selesaikan korang memang terer. mai datang jmpe aku aku bagi hadiah.




15.1 + 4.30 = infinity











Tuesday, January 11

2nd excident









tak jatuh tak rider beb!




ckop ringkas dan padat bukan? itulah yang terjadi semalam kepada aku. walaupon kebanyakan kemalangan yg berlaku di negara kita ini banyak melibatkan kenderaan yang besar2 tetapi kenderaan kecil seperti motosikal dan juga basikal juga tidak boleh dipinggirkan.




akan tetapi. kemalangan yang aku hadapi semalam agak pelik sedikit. kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku melibatkan pergerakan kenderaan itu sendiri. tetapi kemalangan yang akan lalui semalamspesel laen dari yg laen. kenderaan tidak bergerak tetapi aku eksiden! ya. itulah faktanya.




oleh kerana aku tidak punya starter engine automatik seperti motosikal AGU zikril hakim maka aku perlu menggunkan tenaga kaki untuk menyervis lantas menyetat moto ku itu. setelah berjaya melakukan servisan kuda enjin teros hdup. agak malang. kaki ku tersangkut tersadung tersekat lantas aku terus hilang imbangan lantas..




GEDEBUUUUMMMM!!!! bak kate bella dingdong



apabila longitudinal net magnetization is reduced the tranversed net magnetization will increase. maka dengan iklas hatinya aku relakan kejatuhan dan insiden ini berlaku. saksi2 yang nmpk majoritinya adalah kaum wanita. =,=




kesimpulannye. moto aku calar untuk kali kedua dan pada kali ini melibatkan bahagian yg bnyk berbanding calaran yg pertama dahulu. terima kaseh kepada rakan2 yg menyaport aku dengan peribahasa di atas! semangat untuk menunggang tidak akan pudar dari dalam diri ini. haha. terima kaseh juga kepada cik yg menolong saye semalam. kalo cik terawal satu saat moto saye dah GEDEBUMMM atas badan cik. hahaha.





salah sape sebenarnya? salah aku? xjugak. sebab aku maseh lagi pemegang hurup P berwarna putih merah yg tegar.










Monday, January 3

profesion







jam sudah menunjukkan 3.27 pagi. tapi mata maseh belum
berat untuk menutup kelopak mate. padahal tadi baru lepas maen futsal. sistem badan mungkin belum biasa dengan keadaan ini. memandangkan esok merupakan hari pertama skolah maka disini mahu aku ceritakan tentang profesion aku sebagai student Medical Imaging





teringat satu kesah yg berlaku di rumah cikgu bekas skolah aku dahulu. time tueh aku dengan mMb aku yg stadi dekat US. bukan Ulu Selangor apetah lagi Ulu Yam tapi United States. ye negara Obama tueh. memandangkan die pulang sementara maka die mahu melawat semua cikgu yg pernah mengajar beliau selagi boley. setelah mespending masa dengan beliau dekat OU maka tercetuslah idea
mahu melawat cikgu ini.




setelah masok ke rumah cikgu ini dan disajikan dengan segelas aer dan beberapa ulas kek yg dibikin sendiri oleh anak2 beliau maka perbualan pon tercetuslah diantara kami. ya memang perbualan akan berkisar sekitar tentang pelajaran dan semestinya akan tertumpu kepada mMb aku yg stadi di US itu. almaklomlah. US kot. aku nie dlm mesia sahaja. xkesah nye pun.




tajuk2 yg biasa dibualkan. 'blaja mane skang?' 'kos ape?' 'bape tahun lagi nk abes?' 'cmne blaja?' . aku sekadar khusyuk mendengar perbualan mereka dan hanya menanti hujahan pertanyaan yg akan dikemukan kepada aku sambil meneguk aer dan membaham kek itu. bila masa aku sudah tiba. aku dengan yakin dan confident menjawab.




'belajar mane?.'

UiTm

'kos ape?'

Medical Imaging

'Medical Imaging?'

Pengimejan Perubatan

'ape tue?'

x-ray

'X PROFESSIONAL KAN?'





tibe2 aku tersentap. pergh. ini soklan tahap berape punyer tngi nie. aku sekadar berseloroh smbil menyimpan beberapa perkataan yg kurang elok daripada dipanculkan dari mulut aku ini. hamboi. pertanyaan yang agak berlagak. tau la kerja bagus tapi jgn le pancung org laen cmtueh. naseb baek lagi tua dari aku. lantas semangat utk menjawab soalan2 laen terus jatuh merudum terperosok. semangat utk tulis entry ini pon sudah down.




profesional x profesional. janji aku dapat belajar dan berkhidmat utk org laen bila da keje nNt. insyaAllah. amin.

















Saturday, January 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

mensyukuri nikmat Yang Maha 1
lebih berbakti kepada mereka ber 2
insyaAllah xkan ade yang ke 3
akan terus berusaha untuk mengecapi yang 4
berpegang teguh dengan yang 5
sudah masuk yang ke 6
usaha perlu berganda kali 7
untuk akhiri yang 8
lebih rapat dengan mereka ber 9
selamat tinggal dua ribu 10
selamat datang dua ribu 11

Sunday, December 26

aktiviti sebulanan


berakhirnya semester 5 di puncak alam memberi sedikit sinar kepada kad2 bank dlm dompet aku. mereka seperti sudah aku lupakan untuk jangka masa yg agak lame. maka cuti yg bakal mendatang memberi sinar untuk aku bergaya dengan menolak msok kad2 itu dlm mesin ATM. iya dengan harapan agar aku dapat bekerja secara part time dan menambah sedikit pendapatan isi rumah seharian aku.


semua strategi telah aku rancang dengan sempurna. setiap celah ruang dan peluang telah aku intai. maaf. tandas rumah org aku x intai apetah lagi untuk mengintai anak dara orang. rasanya ckop teliti sudah perancangan aku. hanya menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan.


unfortunateli. kusangkakan panas hingga ke petang. rupanya bersalji di tgh hari. semuanya bagaikan terkubur dan membuatkan aku seperti mahu mkn bubur. segala perancangan yang telah aku buat seperti akan gagal dan tidak berjaya. aduh. patah hati dan remuk rongga2 dalaman aku. ini semua disebabkan oleh dia. hanya kerna dia. semuanya kerana dia.



oleh kerana dia aktiviti sebulanan aku seperti telah dimaktub. aku terpaksa akur dengan kehendak dia. oh. inilah naseb aku yang malang. berubah semua aktiviti seharian aku dalam sebulanan ini.


6 - 7 pagi -> waktu untuk bgon pagi serta solat suboh serta gosok gigi sambil bsoh muka
7 - 8 pagi -> amek kunci bukak segala kunci pintu rumah termasoklah kunci moto. panaskan
enjin moto smpai membuak2. ready utk merider wuek
8 - 9 pagi -> sg buloh - hospital selayang - sg buloh.kalo balek awal joging taman 3 4 round
9 - 1 ptg -> kalo ngantok tido. kalo x menonton. kalo rajen masak. cekodok xde rase.
1 - 4.30 ptg -> menonton menonton dan menonton
4.30 - 6 ptg -> sg buloh - hospital selayang - sg buloh
6 ptg - 3 pg -> menonton. lagu. spider solitare.



hebat bukan. huh. rasenyer jika setahunan aktiviti seharian sebulanan aku cmnie. ley demam tahap ketiga aku rasenyer. sudah la. ckop pnjg rasenyer. penin korg nNt.