INI NOMBOR LAWATAN ANDA

Friday, January 28

pointless






bukan senang UiTM nk bagi cuti kepada sekalian rakyat jelatanya apetah lagi kepada senior2 yang pejam celik pejam celik je dah nak abes dah belajar. rase macam baru je semalam pkai skema2 ber'tie' baju tide in msok dalam kasot hitam berkilat beratur pegang file isi macam-macam form nak daftar msok UiTM.





cuti raye cina baru-baru nie pon UiTM punyelah dekedot smpai menyatukan cuti tersebut dengan cuti mid-sem. semingGu sahaja dapat cutinye. tuw pon naseb baek orang Cina yang beraya. panjanglah sikit rase cutinye. kalo orang melayu pon sambot, kan ke dah berkurangan cuti die.








mingGu nie plak tanpa disangke-sangka dengan senang-lenang UiTM bagi cuti kepada semua rakyat jelatanye kerana VC mahu bagi amanat kot dekat sume pensyarah2 UiTM nie. nah amek ko. 4 hari cuti smpai ahad. kalo yang xde kelas hari isnin ley msmbong cuti smpai hari selase. amek 6 hari cuti. hari selase cuti? hello. pegi tgok calender skang! kalo xde pegi la mane2 kedai runcit skang pstue mintak calender free. @__@






masalahnye skang nie, xdpat cuti bising-bising. sekarang nie dah dapat cuti pon nk bising-bising ke? mane x nye. tak tahu buat ape. nk buat esaimen? budak-budak U buat esaimen last minute. aku? salah seorang la daripada mereka2 itu. awal2 je semangat. sampai pertengahan terhenti. pstue kelam kabut smpai xtdo mlm nk buat.





so. skang. nk buat ape? bagi cadangan sk8 bley?





Thursday, January 27

terhalang




apa perasaan korang kalo korang tengah emergency untuk melepaskan toksik2 dalam badan dimana kedudukannya sudah berada ala-ala 'telor dihujung tanduk' tetapi korang dihalang untuk melakukannya?






bgaimana pula dengan penerima2 tiga urup jika terpaksa menuggu sehingga tahap kewangan sendiri sudah pon hampir merudum kepada nilai RM0.00? semuanya sreba tidak kena. rakan-rakan bergumbira bercanda tetapi diri sendiri hanya diam dan memencilkan diri.






cuba bayangkan jika sesuatu perkara yang korang suka lakukan tetapi dihalang oleh orang lain untuk melakukannya. ape perasaan korang? adekah korang akan gembira? senyum puas tanda gembira? jangan nak temberang, jgn smpai aku sekeh kepala korang sorang demi sorang. paling tidak pon musti ade paling koman pon sekuman rase sedikit tidak sedap dan bengang bukan? baek cepat ngaku!






pening juga memikirkannya. tidak mengapalah. masing-masing ade cara hidup masing-masing bukan? kate pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain' bukan? tapi skang nie rambut pon dah macam-macam kaler ade kn? tepuk dada tanya lah mak cik sebelah rumah korang. tapi jangan tepuk kuat-kuat plak, nanti sendiri yang saket.







Tuesday, January 25

MIMPI PELIK PART i





orang-orangan berkata dan berpesan jangan kisahkan sangat tentang mimpi sebab mimpi itu hanya sekadar mainan tido. kadang-kadang terpikir jugak macam mane rupe mainan tido itu ek? adakah kita bermain sambil tido atau tido sambil bermain? atau kita bermain dalam tido kita? atau? ah. penin mahu memikirkannya bukan?




walaubagaimanapun mimpi-mimpi yang pernah aku alami dulu kini dan akan datang ini terdapat dalam perlbagai jenis kategori. bak kata orang-orang maju skang nie 'pakej'. ade yang seram, romantiko, sedih, gumbira, kering dan basah. bagi lelaki kalo mimpi basah itu ade dua. sameade dia basah didalam mimpi atau diluar mimpi. diluar mimpi pon ade dua jenis gak. sama ada betol2 'basah' atau manja-manja mengeluarkan air lebihan dari kidney. paham x? kalo xfaham bukak buku anatomy tortora warna merah 9th edition.





oleh kerana kerap kali aku mendapat mimpi-mimpi yang pelik ini sejak dari dahulu dan jika dikumpulkan hingga sekarang mungkin sudah boleh buat koleksi buku 1++ muka surat termasuk muka depan. dan yang pasti kadang0kadang apa yang aku mimpikan terjadi betol-betol dalam kehidupan nyata. tapi dan secara terus tapi secara lambat. mimpi hari nie dalam esok lusa tulat kulat mulat sulat baru jadi mimpi tueh. xsume sikit-sikit la. so. sebagai rujukan untuk mase depan, mulai sekarang aku akan kisahkan sume-sume mimpi aku secara detail dan terperinci dalam behlog ini. boleh x rase-rase? kene pkai consent form x? huk3






beberapa malam yang lalu aku mendapat mimpi yang agak pelik. aku mimpi aku sedang belajar dan diajar oleh seorang tokoh yang sangat berjaya dan terkenal di seluruh dunia. ulang seklai lagi. DUNIA ye bukan MESIA. beliau die siap menang anugerah NOBEL lagi. xtau? g tanya pakcik go0gle cepat-cepat! dalam mimpi tueh belajar mengambil peranan sebagai seorang pensyarah kepada aku yang mengambil peranan sebagai seorang pelajar. xbanyak yg aku mimpikan. yang aku ingat dalam mimpi tueh beliau ade berseloroh begini





"saya nie dah umor 90 ++ tahun pon maseh larat lagi nak mengajar" --> setelah ditranslatekan ke bahasa ibunda.





bila terpikir-pikir balek apsal aku mimpi pasal die ye. muncul beberapa jawapan yg terlintas di benak fikiran aku yang cetek ini. bertemu dengan beliau? xmungkin sebab beliau sudah pon pergi selamanya. research aku sem 8 nanti dapat anugerah NOBEL? jauh bukit kayu hitam dari johor bahru. atau mungkin behlog aku nie akan menang anugrah NOBEL? erk! xpenah dibuat orang.







apa-apa pun mimpi bertemu dengan beliau pon sudah ckop terharu kerna beliau sangat memberikan impak yang besar dalam hidup dan masa depan aku sekarang ini. kepada beliau yang hadir dalam mimpi aku. TERIMA KASEH!!







amcam? korang penah dapat mimpi pasal die nie?












Sunday, January 23

konpius!!







mende nie dah acap kali berlaku kat diri aku. kalo sekali sekala berlaku aku xkesah sangat. tapi mnde nie dah semakin menular dan menjadi2 dalam diri aku. pelik konfius dan ajaib. perkara ini terjadi bila aku berada di kedai makan dan kebanyakannya berlaku di dataran makan belakang petronas.




oleh kerna terlalu kerap makan diluar makan pemilihan makanan akan menjadi sesuatu yg sukar untuk dibuat. kadang2 memakan masa hampir 5 minit untuk aku mengorder makanan. hinggakan akK pekerja kedai naek boring dan menarik kerusi meja laen untuk duduk menunggu orderan kami. dan ketika inilah sindrom ini terjadi kepada aku.




kali terakher ia berlaku adalah malam semalam ketika aku mkn di kedai kegemaran SHOOT iaitu kak yong bukan mak yong. selepas menerima kunjungan daripada kamal macho dan segak kami mengambil keputusan untuk makan di sana. setelah smpai aku terus membuka menu dan menscan menu apa yg akan aku santap hari ini.




setelah seminit otak aku terbayang2 nasi goreng SOTONG bersama horlick ais. aku yakin aku menyebut nasi goreng SOTONG kepada tukang amek order itu. setelah menunggu hampir 10 - 15 minit cenggitu mkNn aku pon smpai.



aik? cane nasi goreng UDANG lak yg smpai kat aku nie. pelik! konpius! tadi order nasi goreng SOTONG bukan UDANG. tanya mMb sebelah. dorang ckp aku order nasi goreng UDANG. dengan penuh rasa konpius aku tetap abeskan makann itu sambil rasa konpius menemani aku.



cane otak aku pikir SOTONG tapi mulot aku kuakan UDANG. adekah aku xdapat bezakan SOTONG ngan UDANG. adekah ianya hanya ilusi semata2. atau mungkin ini adalah efek kepada sistem badan aku oleh kerna kejadian masa kecil dahulu yg menyebabkan kepala aku terhentak dan mengacau sistem saraf? emmMmmmmm....



teringat dekat pak cik UDANG kt alamanda yg bawak bas










Saturday, January 22

JANDA ITU BAIK







seringkali kita terdengar di corong-corong radio. sering juga kita terbaca di dada-dada akhar. kalo akhbar ade muka dan kaki juga mungkin akan tercoret juga disana. tidak cukup dengan semua itu di zaman serba pantas dan moden ini juga sering terpapar di ruang udara internet. apa yang sering mereka katakan?


'JANDA RAMPAS SUAMI ORANG??' 'JANDA BERHIAS' 'JANDAKU JANDAMU JUA'


malahan penyanyi indonesia irwansyah juga menterjemahkan janda ini didalam bait2 lagu 'KU TUNGGU JANDAMU' yang ala-ala rancak dan bertenaga itu.


ya. kebanyakan komen atau berita yang kita dengar tentang JANDA ini adalah yang kurang enak dan kurang baik. mengapa jadi begini? oleh sebab pertanyaan yang tercetus ini maka kami sekumpulan anggota yang terdiri daripada 19 ahli pasukan telah sepakat dan berpadu tenaga untuk mengkaji dan menyelidik tentang hal ini dengan lebih lanjut dan mendalam lagi.




dengan kepakaran setiap ahli yg berbeda2 misi kali ini agak mencabar dan dipenuhi dengan banyak cabaran dan dugaan. jammed di jalanan akibat daripada sambutan hari taipusam di batu caves. keterlepasan salah satu kereta anggota ke bukit tinggi oleh kerana tidak msok ke exit yg sebetulnya. misi mencari felda carok yg memakan masa hampir sejam.




setelah semuanya kami lalui dengan sabar dan ko0l maka kami smpai ke tempat yg dituju. setelah mendapat penerangan daripada pakar tentang bgaimana untuk kami mencari janda, kami meneruskan perjalanan dengan meredah hutan, mendaki, menuruni curam, berkenalan dengan pacat sambil menderma darah kepada mereka, ada yg tergelincir, terjatuh, tersembam, terpelosok malah ada juga yg berjoget.




hampir 30 minit kami berjalan maka tepat pada pukul 1.++ misi kami telah tercapai. kami menjumpai janda yg menjadi rebutan ramai orang ini. janda ini sgt laen dari yg laen. jandi ini cantik. janda ini tenang. jandi ini sejuk. janda ini sedap. janda ini memberi kepuasan. janda ini hots. jandi ini .... ah macam3 lagi la. malas mahu tulis.






so. siapakah janda ini? mudah dan simple. janda ini adalah JANDA BAIK. nk bukti tengok jandi nie baik atau tidak? cecube klik link FB aku kt atas belah kiri blog nie musti jmpe. fullstop. banyak merepek aku nie. aish.