INI NOMBOR LAWATAN ANDA

Tuesday, January 11

2nd excident









tak jatuh tak rider beb!




ckop ringkas dan padat bukan? itulah yang terjadi semalam kepada aku. walaupon kebanyakan kemalangan yg berlaku di negara kita ini banyak melibatkan kenderaan yang besar2 tetapi kenderaan kecil seperti motosikal dan juga basikal juga tidak boleh dipinggirkan.




akan tetapi. kemalangan yang aku hadapi semalam agak pelik sedikit. kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku melibatkan pergerakan kenderaan itu sendiri. tetapi kemalangan yang akan lalui semalamspesel laen dari yg laen. kenderaan tidak bergerak tetapi aku eksiden! ya. itulah faktanya.




oleh kerana aku tidak punya starter engine automatik seperti motosikal AGU zikril hakim maka aku perlu menggunkan tenaga kaki untuk menyervis lantas menyetat moto ku itu. setelah berjaya melakukan servisan kuda enjin teros hdup. agak malang. kaki ku tersangkut tersadung tersekat lantas aku terus hilang imbangan lantas..




GEDEBUUUUMMMM!!!! bak kate bella dingdong



apabila longitudinal net magnetization is reduced the tranversed net magnetization will increase. maka dengan iklas hatinya aku relakan kejatuhan dan insiden ini berlaku. saksi2 yang nmpk majoritinya adalah kaum wanita. =,=




kesimpulannye. moto aku calar untuk kali kedua dan pada kali ini melibatkan bahagian yg bnyk berbanding calaran yg pertama dahulu. terima kaseh kepada rakan2 yg menyaport aku dengan peribahasa di atas! semangat untuk menunggang tidak akan pudar dari dalam diri ini. haha. terima kaseh juga kepada cik yg menolong saye semalam. kalo cik terawal satu saat moto saye dah GEDEBUMMM atas badan cik. hahaha.





salah sape sebenarnya? salah aku? xjugak. sebab aku maseh lagi pemegang hurup P berwarna putih merah yg tegar.










Monday, January 3

profesion







jam sudah menunjukkan 3.27 pagi. tapi mata maseh belum
berat untuk menutup kelopak mate. padahal tadi baru lepas maen futsal. sistem badan mungkin belum biasa dengan keadaan ini. memandangkan esok merupakan hari pertama skolah maka disini mahu aku ceritakan tentang profesion aku sebagai student Medical Imaging





teringat satu kesah yg berlaku di rumah cikgu bekas skolah aku dahulu. time tueh aku dengan mMb aku yg stadi dekat US. bukan Ulu Selangor apetah lagi Ulu Yam tapi United States. ye negara Obama tueh. memandangkan die pulang sementara maka die mahu melawat semua cikgu yg pernah mengajar beliau selagi boley. setelah mespending masa dengan beliau dekat OU maka tercetuslah idea
mahu melawat cikgu ini.




setelah masok ke rumah cikgu ini dan disajikan dengan segelas aer dan beberapa ulas kek yg dibikin sendiri oleh anak2 beliau maka perbualan pon tercetuslah diantara kami. ya memang perbualan akan berkisar sekitar tentang pelajaran dan semestinya akan tertumpu kepada mMb aku yg stadi di US itu. almaklomlah. US kot. aku nie dlm mesia sahaja. xkesah nye pun.




tajuk2 yg biasa dibualkan. 'blaja mane skang?' 'kos ape?' 'bape tahun lagi nk abes?' 'cmne blaja?' . aku sekadar khusyuk mendengar perbualan mereka dan hanya menanti hujahan pertanyaan yg akan dikemukan kepada aku sambil meneguk aer dan membaham kek itu. bila masa aku sudah tiba. aku dengan yakin dan confident menjawab.




'belajar mane?.'

UiTm

'kos ape?'

Medical Imaging

'Medical Imaging?'

Pengimejan Perubatan

'ape tue?'

x-ray

'X PROFESSIONAL KAN?'





tibe2 aku tersentap. pergh. ini soklan tahap berape punyer tngi nie. aku sekadar berseloroh smbil menyimpan beberapa perkataan yg kurang elok daripada dipanculkan dari mulut aku ini. hamboi. pertanyaan yang agak berlagak. tau la kerja bagus tapi jgn le pancung org laen cmtueh. naseb baek lagi tua dari aku. lantas semangat utk menjawab soalan2 laen terus jatuh merudum terperosok. semangat utk tulis entry ini pon sudah down.




profesional x profesional. janji aku dapat belajar dan berkhidmat utk org laen bila da keje nNt. insyaAllah. amin.

















Saturday, January 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

mensyukuri nikmat Yang Maha 1
lebih berbakti kepada mereka ber 2
insyaAllah xkan ade yang ke 3
akan terus berusaha untuk mengecapi yang 4
berpegang teguh dengan yang 5
sudah masuk yang ke 6
usaha perlu berganda kali 7
untuk akhiri yang 8
lebih rapat dengan mereka ber 9
selamat tinggal dua ribu 10
selamat datang dua ribu 11

Sunday, December 26

aktiviti sebulanan


berakhirnya semester 5 di puncak alam memberi sedikit sinar kepada kad2 bank dlm dompet aku. mereka seperti sudah aku lupakan untuk jangka masa yg agak lame. maka cuti yg bakal mendatang memberi sinar untuk aku bergaya dengan menolak msok kad2 itu dlm mesin ATM. iya dengan harapan agar aku dapat bekerja secara part time dan menambah sedikit pendapatan isi rumah seharian aku.


semua strategi telah aku rancang dengan sempurna. setiap celah ruang dan peluang telah aku intai. maaf. tandas rumah org aku x intai apetah lagi untuk mengintai anak dara orang. rasanya ckop teliti sudah perancangan aku. hanya menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan.


unfortunateli. kusangkakan panas hingga ke petang. rupanya bersalji di tgh hari. semuanya bagaikan terkubur dan membuatkan aku seperti mahu mkn bubur. segala perancangan yang telah aku buat seperti akan gagal dan tidak berjaya. aduh. patah hati dan remuk rongga2 dalaman aku. ini semua disebabkan oleh dia. hanya kerna dia. semuanya kerana dia.



oleh kerana dia aktiviti sebulanan aku seperti telah dimaktub. aku terpaksa akur dengan kehendak dia. oh. inilah naseb aku yang malang. berubah semua aktiviti seharian aku dalam sebulanan ini.


6 - 7 pagi -> waktu untuk bgon pagi serta solat suboh serta gosok gigi sambil bsoh muka
7 - 8 pagi -> amek kunci bukak segala kunci pintu rumah termasoklah kunci moto. panaskan
enjin moto smpai membuak2. ready utk merider wuek
8 - 9 pagi -> sg buloh - hospital selayang - sg buloh.kalo balek awal joging taman 3 4 round
9 - 1 ptg -> kalo ngantok tido. kalo x menonton. kalo rajen masak. cekodok xde rase.
1 - 4.30 ptg -> menonton menonton dan menonton
4.30 - 6 ptg -> sg buloh - hospital selayang - sg buloh
6 ptg - 3 pg -> menonton. lagu. spider solitare.



hebat bukan. huh. rasenyer jika setahunan aktiviti seharian sebulanan aku cmnie. ley demam tahap ketiga aku rasenyer. sudah la. ckop pnjg rasenyer. penin korg nNt.

Thursday, December 23

renungan bersama

hidup ni ibarat roda
kadang-kadang di atas
kadang di bawah
susah tetap akan datang jika sedang senang
sakit pasti akan datang jika sedang sihat
dan sedih akan datang jika ada bahagia
di dunia ini
kebahagiaan bukan lah satu perhentian
tetapi ia hanyalah sebuah persinggahan
dalam perhubungan
perlu kejujuran dan kesetiaan
memang indah bila bersama
tapi akan tiba juga saat dimana
masalah menghimpit melanda
disinilah nilai sebuah perhubungan itu dikira
masalah datang untuk diselesaikan
bukan untuk menghukum seseorang
mengambil langkah sendiri tanpa berbincang
mungkin akan menguntungkan satu pihak sahaja
kasih sayang manusia memang x sempurna
ya memang diakui
ianya bermusim dan abstrak
seperti air di lautan yang luas
ada pasang surutnya
jika tidak
xdelah ombak menghempas pantai
jika sudah suratan tertulis begitu
hanya mampu berserah
tapi hati dan perasaan yang tinggal
hanya Yang Maha Esa yang tahu
-nukilan HAFIZ,2010
pesan kaki : - mendalam mksod yg mamat nie nk smpaikan
- ckop pedih aku rase skang